IPSC Event
Posted in

87 Peserta Menyertai Pertandingan Berkuda Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2017

Unit Ekuestrian PDRM telah mengadakan Piala Ketua Polis Negara 2017. Acara ini telah diadakan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 16-17 Disember 2017 bertempat di Pusat Ekuestrian Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Dalam acara ini terdapat tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu 25 km, 50 km dan 80 km. Selain pertandingan berkuda, pada kesempatan itu pelbagai pameran turut diadakan seperti food truck, joy rides, pet show yang diadakan bagi memeriahkan kejohanan tersebut.

Selain laluan mencabar yang perlu dilalui oleh semua peserta, kekuatan fizikal dan mental dalam mengawal emosi agar kekal tenang

Seramai 87 peserta dari seluruh Malaysia menyertai Kejohanan Ketahanan Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2017 yang berlangsung selama dua hari. Pada majlis ini Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (JKDNKA), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah turut mengambil bahagian dalam kejohanan yang memasuki tahun ke-3 itu.

Sepanjang kejohanan berlangsung, ia menjadi cabaran utama kepada semua peserta pertandingan berkuda

Dia menunggang kuda bernama “Ernie” dan mendapat tempat kedua dalam kategori individu 25 km, manakala tempat pertama dimenangi oleh Dato’ Fisol Salleh dan tempat ketiga dimenangi oleh Supritenden Rosli Yusof, bagi kategori berpasukan 25 km dimenangi oleh Team PDRM B diketuai oleh Dato’ Fisol Salleh, Inspektor Rosli Yusof, DSP Mohd Fadhli Daud dan ASP Nur Hidayah Damanhoori.(Penulis Karina)

Join the conversation

ACCOUNT
Wishlist
Login
Create an account

Data pribadi Anda akan digunakan untuk mendukung pengalaman Anda di seluruh situs web ini, untuk mengelola akses ke akun Anda, dan untuk tujuan lain yang dijelaskan di privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG 0

error: