Aktiviti yang berlangsung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 Oktober 2022,ini berlangsung dengan cukup meriah. Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya, perasmian dan penutup telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Wilayah IPSC Malaysia, Dato’ Seri Hj. Shafiz Dato’ Shahrani. Kejohanan ini sendiri mempertandingkan beberapa cabang pertandingan antaranya Open, Standard Production Optic. Kejohanan ini mengikut syarat pertandingan yang merujuk kepada Buku Peraturan IPSC terkini.
Bertanding dengan empat cabang bahagian pertandingan, kejohanan ini menggunakan 14 stages yang turut dipertandingkan iaitu 2 stages bagi Long Course , 7 stages bagi Medium Course , dan 5 stages bagi Short Course. Di kesempatan ini, Mekanuma telah diamanahkan untuk menyertai kejayaan dengan menyediakan jersi yang dibuat khusus untuk kejohanan ini.Mekanuma turut hadir pada majlis tersebut dengan stand terbuka kepada semua peserta. (Penulis: Silya)